Program agihan bantuan ini adalah sebahagian inisiatif MUIP melalui sumber zakat dibawah asnaf Gharimin bagi meringankan keperitan umat Islam yang terlibat dalam bencana Banjir di dalam Negeri Pahang tahun 2021/2022.
Agihan ini akan disalurkan kepada seorang sahaja iaitu Ketua Isi Rumah (KIR) bagi setiap rumah yang terlibat dengan banjir. Sekiranya anda menetap di Pahang dan terjejas akibat banjir, anda boleh buat permohonan secara online bagi menerima bantuan agihan zakat ini.
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan agihan prihatin zakat (APZ) kepada mangsa banjir negeri Pahang tahun 2021/2022 dibuka sehingga:
- 15 Februari 2022
SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia
2. Beragama Islam
3. Pemastautin/ Menetap di dalam negeri Pahang
4. Mangsa Banjir di dalam negeri Pahang yang disahkan
5. Telah berkahwin/ duda/ibu tunggal
CARA PERMOHONAN
Kepada individu yang memerlukan bantuan yang ditawarkan. sila buat permohonan secara online dengan mengikuti langkah - langkah berikut:
1. Pergi ke pautan easnaf.muip.gov.my
2. Bagi belum pernah log masuk, klik Daftar Pengguna untuk daftar akaun baharu
3. Setelah daftar, log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan
4. Lengkapkan permohonan sehingga selesai dan klik hantar akhir sekali
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi talian 011 3016 3882 atau terus ke pejabat MUIP berdekatan.
0 Comments